STEMiot “SLIME”
Tarikh |
: 15 OKTOBER 2024 |
Masa |
: 2.00 – 3.00 petang |
Lokasi |
: NADI Kg Murni |
Peserta |
: 2 peserta |
Tujuan
Kelas slime diadakan untuk memberi peluang kepada kanak-kanak dan remaja mempelajari cara membuat slime sendiri sambil meneroka asas-asas sains, seperti tindak balas kimia. Ia juga bertujuan untuk menggalakkan kreativiti, kemahiran motor halus, dan menyediakan aktiviti yang menyeronokkan serta interaktif.
Aktiviti
Pada 15/10/2024, pihak petugas NADI Kg Murni telah menjalankan aktiviti berfaedah yang dapat menggunakan waktu lapang pelajar dengan betul. Petugas telah mengadakan kelas cara membuat slime kepada peserta yang hadir pada kelas elearning hari tersebut. Kelas ini dimulakan dengan sesi penerangan dari petugas sebelum penayangan cara-cara pembuatan slime dari rumah menggunakan bahan-bahan yang mudah.