Sejarah dan Cerita Batu Punggul

 

      Batu Punggul telah dijumpai oleh orang-orang Murut pada masa dahulu kala dan mempunyai ketinggian sehingga 120 meter dan lebar 68 meter. Ia berada di tengah-tengah kawasan sungai Sepulut yang terdapat beberapa gua di sekitarnya. Terdapat tali yang boleh digunakan oleh pelancong yang ingin menikmati keindahan alam semula jadi dari atas batu. Selain itu, para pelancong juga boleh merasai keseronokan menaiki bot selama 30 minit ke Batu Punggul dan jika bernasib baik, mereke boleh melihat gajah, rusa, babi hutan meminum air di lopak garam di sana. Pengalaman seperti inilah yang sentiasa dinantikan oleh penggemar hidupan liar dan peminat alam semula jadi dan ia merupakan satu pengalaman yang sungguh berharga.

 

     Menurut pengusaha pusat pelancongan Batu Punggul, Lantir Bakayas, beliau biasanya akan membawa pelancong dari dalam dalam dan luar negara untuk menikmati keindahan alam dan menyediakan segala kelengkapan yang diperlukan sepanjang percutian mereka di sini. Bagi pelancong dari Amerika Syarikat, Eropah, Australia, Jepun dan Korea mereka turut suka tinggal di rumah panjang yang ada di Kampung Tantaluan selepas pulang melawat di Batu Punggul.

 

     Cara hidup dan nilai-nilai murni yang ditonjolkan oleh kebanyakan kaum Murut di sini membuatkan mereka seolah-olah tidak mahu pulang ke negara asal. Selain itu, pelancong yang datang juga sering diberikan layanan yang istimewa dan disajikan dengan air tuak yang dibuat daripada tapai untuk kaum bukan muslim. Lantir berharap agar pihak kerajaan negeri akan dapat komersialkan produk pelancongan Batu Punggul ini dan menyediakan lebih banyak kemudahan infrastruktur untuk pelancong ke sini.Pengangkutan utama yang dinaiki oleh pelancong untuk meneruskan perjalanan ke kaki Batu Punggul dengan menaiki bot yang disediakan oleh penduduk kampung terdekat iaitu Kampung Tataluan Sepulut.Dengan menaiki bot lebih kurang 20-30 minit bergantung dengan kedalaman air sungai dari Kampung Tataluan di mana kenderaan perlu diti nggalkan di sana dan meneruskan perjalanan ke Batu Punggul dengan menaiki bot.   

  

  

  Pemandangan Batu Punggul dari jauh,kaki dan puncak.

 

RUMAH TANAH 

   Rumah Tanah yang dibina hampir keseluruhan daripada tanah ini siap sepenuhnya sekitar 2015.Rumah tanah hasil kerjasama Majlis Gereja Sidang Injil Borneo(SIB) dengan Pengantut Kristian warga Korea ini terletak lebih kurang 200 meter dari Pekan Nabawan.Rumah Tanah mula jadi tumpuan khususnya penganut Kristian yang datang dari luar negara seperti Korea,singapura,Hong Kong dan sebagainya.Rumah Tanah ini juga dijadikan tempat bermesyuarat bagi Majlis Gereja-Gereja Nabawan untuk membincangkan isu pelayanan dan aktiviti bersama.

   

         

                                      Rumah Tanah yang terletak lebih kurang 200 meter dari Pekan Nabawan