1.Kemudahan asas yang telah disediakan untuk penduduk kampung sekitar Kampung Murni dan Pekan Nabawan antaranya:

 

a.Masjid

b.Surau 

c.Stesen bas 

d.Pondok telefon 

e.Pos malaysia 

f.Taman permainan 

g.Gelangang futsal

h.Perpustakaan daerah 

i.Padang bola awam

j.Dewan serbaguna

 

MASJID AL-HIDAYAH

Masjid al-Hidayah merupakan salah satu masjid yang terletak lebih kurang 500 meter dari pekan Nabawan.masjid ini digunakkan oleh penduduk beragama Islam untuk solat jumaat,program majlis ilmu,bacaan Yassin,akad nikah dan sebagainya.  

 

 

 

SURAU AL-FALAH 

Surau al-Fala merupakan surau Kampung Murni yang terletak di Lorong Murni C, surau ini digunakan oleh penduduk sekitar Kampung Murni. Selain itu, surau ini juga menjadi tempat mengaji bagi pelajar-pelajar yang beragama  Islam, dan merupakan tapak sekolah agama rakyat yang dipantau oleh Jabatan Agama Islam Negeri Sabah.

 

STESEN BAS NABAWAN

Stesen ini digunakan oleh semua penduduk Nabawan dan terletak ditengah-tengah Pekan Nabawan untuk kemudahan penduduk kampung.

 

PONDOK TELEFON

Kemudahan pondok telefon juga disediakan di setiap blok seperti Murni A, Murni B, Murni C dan kesemua kawasan kampung di Daerah Nabawan oleh kerajaan bagi memudahkan perhubungan antara penduduk. 

 

POS MALAYSIA

Perkhidmatan Pos Malaysia juga ada di Pekan Nabawan bagi memudahkan penghantaran surat-surat dan penghantaran barang serta penerimaan barang atau surat. Oleh itu, penduduk yang berada di Nabawan tidak perlu lagi pergi ke bandar Keningau untuk menggunakan perkhidmatan Pos Malaysia.

 

TAMAN PERMAINAN 

Taman permainan ini dibina berdekatan dengan Pekan Nabawan dan digunakan oleh penduduk yang tinggal berdekatan termasuk Kampung Murni. Selain itu, taman ini turut menjadi tumpuan remaja dan belia untuk mengakses maklumat kerana taman ini hampir dengan Kampung Tanpa Wayar (KTW). Terdapat ramai pengujung terutamanya pada waktu petang.

 

GELANGGANG FUTSAL

Gelanggang futsal juga dibina di kawasan Nabawan, gelanggang ini membawa banyak kebaikan kepada masyarakat, di samping dapat mengeratkan lagi hubungan antara satu sama lain melalui aktiviti yang dijalankan. Malah gelanggang-gelanggang ini juga sering digunakan untuk pertandingan yang diadakan oleh penduduk kampung. Salah satu gelanggang yang selalu digunakan ialah Gelanggang Futsal Kampung Murni.

 

PERPUSTAKAAN DAERAH

Perpustakaan Daerah Nabawan dibina berhampiran dengan Pekan Nabawan dengan tujuan utama untuk menjadikan pusat para pelajar, belia dan penduduk membaca. Di samping itu, di sini mereka dapat meningkatkan taraf penguasaan ilmu pengetahuan melalui pembacaan di perpustakaan. 

 

PADANG BOLA AWAM

Padang bola awam Pekan Nabawan merupakan padang utama penduduk kampung bermain bola pada waktu petang. Adakalanya  penduduk terpaksa menunggu giliran untuk menggunakan padang ini kerana dianggarkan kumpulan bola sepak mencecah sehingga lima kumpulan

 

DEWAN SERBAGUNA MAJLIS DAERAH

Dewan serbaguna majlis daerah merupakan dewan yang biasanya digunakan oleh pihak tertentu ketika majlis-majlis rasmi dan sebagainya. Dewan ini terletak berhampiran dengan Pejabat Majlis Daerah Nabawan.