Tarikh | : 22 JUN 2018 |
Masa | : 9.00 pagi - 12.00 tengahari |
Lokasi | : Bilik latihan ICT Pi1M Kg Murni |
Peserta | : 7 orang |
Tujuan
Pada 22 jun 2018 pi1m murni telah mengadakan bengkel kelas adobe photoshop untuk pelajar lepasan spm,di mana pada program ini peserta seramai 7 orang telah di ajar mengenai asas dalam design menggunakan adobe photoshop
Di samping itu,peserta juga di selitkan dengan taklimat Advokasi KDB:Maklumat Palsu,tujuannya adalah memberi pengetahuan kepada peserta agar berhati-hati dengan maklumat di media sosial,kerana tidak semua maklumat adalah benar.
Aktiviti
Para pelajar diajar mengenai pengenalan asas adobe CS6 (MAIN MENU) berdasarkan modul yang di sediakan. Dalam sesi pembelajaran pertama ini para peserta di ajar untuk menentukan size seperti banner,backdrop dan sebagainya serta membuat background. Untuk sesi pembelajaran seterusnya para peserta akan di ajar pelbagai modul lagi seperti manipulasi gambar dan teknik yang lebih advanced