Perkhidmatan Jahitan
Nama |
: Duria Binti Lusau |
Umur |
: 42 tahun |
Ahli |
: 2014 |
Latar belakang
Pada asalnya kemahiran menjahit yang ada pada Pn Duria hanya untuk keluarga, namun Pn Duria yang baru menamatkan kursus belajar di Giat Mara Pensiangan dalam bidang Jahitan Pakaian, mula menerima tempahan daripada pendududk setempat
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Puan Duria merupankan seorang yang baru bermula untuk berniaga atau menjalankan perkhidmatan menerima tempahan jahitan di sekitar daerah Nabawan. Kebiasaannya, beliau hanya mengiklankan kemahirannya melalui risalah dan lain-lain pengiklanan kovensional. Kaedah ini kurang relevan dengan pasaran semasa.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Murni, Pn. Duria kini telah meningkat kemahiran dengan banyak mempelajari benda seperti marketing plan, pengiklanan perkhidmatan jahitan di medium-medium social sperti facebook dan blog.Walaupun telah menguasai banyak pengetahuan ICT, Puan Duria tetap berkunjung ke PI Kg Murni bagi mendalami lebih banyak pengetahuan ICT yang luas. Selain dari kelas yang disediakan, beliau juga memerlukan kelengkapan ICT yang lain seperti komputer yang bersesuaian, internet berkelajuan tinggi dan mesin pencetakan bagi menyiapkan urusannya.