Keusahawanan 

Nama

: Saripah Binti Sundai

Umur

: 53 tahun

Ahli

: 2014

 

Latar belakang

Puan Saripah menjalankan perniagaan sambilan iaitu menjahit pakaian tradisional murut  dan membuat gelang manik sekiranya ada permintaan

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum beliau mengenali pusat internet beliau hanya menjalankan  perniagaan di sekitar jiran dan kawan-kawan rapatnya sahaja. Dia tidak mempunyai jaringan yang banyak untuk mengembangkan perniagaannya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah Puan Saripah dijemput dan diperkenalkan mengenai pusat internet, Pn Saripah kini banyak menggunakan pusat internet sebagai tempat mengembangkan perniagaannya. Puan Saripah sering menggunakan pusat internet untuk mencari maklumat mengenai teknik-teknik menyulam dan mendapatkan corak-corak yang menarik melalui internet.