Nama    : ROJER @ HARUN BIN AMPAIT

Umur    :  43 Tahun

Ahli       :  2014

 
 


Latar Belakang

Encik Roger adalah seorang penduduk kampung yang aktif berkunjung ke pusat internet dan juga seorang ahli (RELA)yang aktif dalam kegiatan SUKARELAWAN di kampung serta daerah Nabawan

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI

Sebelum saya berkunjug ke PIK, saya memikirkan PIK itu hanya tempat pelajar sekolah belajar ict, namun anggapan saya itu salah, kerana setelah Petugas datang membuat promosi kepada saya sendiri, baru saya mula faham tujuan PIK di tubuhkan, dan kekerapan saya berjumpa dengan Petugas PIK untuk mengetahui dunia ict, telah menampakkan hasil kepada diri saya sendiri

 

Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI

Secara khusus,bagi saya setelah mengenal dunia IT hari, saya dapat memperbaiki diri saya, kerana sebelum ini saya merupakan seorang buta IT, namun semenjak adanya Pusat Internet di Kg. Murni, saya telah mengambil peluang ini untuk berkunjung ke sana untuk belajar dunia ict, dan kini saya dapat lihat diri saya ada perubahan sedikit, dimana sebelum ini saya hanya menggunakan handphone biasa saja, setakat buat panggilan dan sms sahaja, namun setelah mengikuti kelas secara formal dan tidak formal yang di buat di PIK Kg. Murni, kini saya suda membeli sebuah smartphone untuk saya belajar dunia baru, kini saya sudah tahu menggunakan aplikasi seperti Facebook,Whatsapp,Wechat dan sebagainya