Persatuan wanita Kg Murni tidak ditubuhkan secara rasmi walaubagaimanapun golongan wanita sekitar Kg.Murni hampir sebahagian besar aktif menyertai Amanah Ikhtiar Malaysia(AIM) Cawangan Nabawan/Sook,dimana golongan ataupun peserta yang mendaftarkan diri sebagai ahli akan mengadakan mesyuarat sekali seminggu bersama kumpulan yang telah dibentuk.

     Memandangan sebahagian besar wanita sekitar Kg Murni merupakan suru rumah sepenuh masa maka mereka mengambil peluang yang telah ditawarkan oleh AIM iaitu memberi bantaun pinjaman wang tunai untuk mereka memulakan perniagaan kecil-kecilan di rumah seperti membuka kedai runcit,warung,menjual kuih muih tepi jalan,dan sebagainya.