Kelas ICT dan Advokasi KDB :(Over Sharing)
Tarikh : 15 November 2019 Masa : 2.00 petang - 4.00 petang Tempat : Pusat Internet Kg Murni Peserta : 7 orang |
Tujuan
Tujuan aktiviti dijalankan adalah untuk memberi latihan kepada peserta dalam mengendalikan perisian office terutamanya microsoft word serta memberi kesedaran kepada peserta bahayanya 'over sharing' terutama didalam laman-laman sosial seperti facebook.
Aktiviti
Para peserta diberi latihan menaip dan dipertontonkan dengan video yang berkaitan dengan 'over sharing'. Berdasarkan video yang ditonton, peserta diminta menerangkan apa yang difahami.
Cara Mengendalikan Engine Carian(Browser) dan Advokasi KDB (Buli Siber)
Tarikh : 13 November 2019 Masa : 3.00 petang - 4.00 petang Tempat : Pusat Internet Kg Murni Peserta : 6 orang |
Tujuan
Tujuan aktiviti dijalankan adalah untuk menberitahu kepada peserta cara menggunakan engine carian google,yahoo,opera dan memberi kesedaran kepada peserta bahawa siapa-siapa pun boleh menjadi mangsa kepada jenayah buli siber. Peserta juga dinasihatkan agar berhati-hati dalam menggunakan laman-laman sosial.
Aktiviti
Para peserta dibimbingkan cara menggunakan engine carian google,yahoo,opera serta dipertontonkan dengan video yang berkaitan dengan buli siber. Berdasarkan video yang ditonton, peserta diminta menerangkan apa yang difahami.
Bengkel Microsoft Word
Tarikh : 07 November 2019 Masa : 2.00 petang - 4.00 petang Tempat : Pusat Internet Kg Murni Peserta : 5 orang |
Tujuan
Bengkel Microsoft word disertai oleh pelajar sekolah rendah. Ia bertujuan membantu dan meningkatkan pengetahuan mereka menggunakan misrosoft word terutamanya menaip.
Aktiviti
Para peserta diberi tugasan menaip bahan yang diberikan.
E - Pembelajaran (Games)
Tarikh : 10 November 2019 Masa : 3.00 petang - 4.00 petang Tempat : Pusat Internet Kg Murni Peserta : 4 orang |
Tujuan
Aktiviti ini bertujuan untuk memupuk minat peserta dalam pembelajaran berasaskan permainan dalam talian. Selain itu peserta juga diajar untuk tidak membuang masa.
Aktiviti
Para peserta belajar dan bermain dalam website abcya.com. Mereka tentukan target untuk dicapai dalam masa yang ditentukan.
Kelas ICT
Tarikh : 22 Oktober 2019 Masa : 2.00 petang - 5.00 petang Tempat : Pusat Internet Kg Murni Peserta : 7 orang |
Tujuan
Kelas ICT disertai oleh pelajar sekolah menengah bertujuan membantu para pelajar meningkatkan pengetahuan serta kemahiran dalam bidang ICT.
Aktiviti
Para peserta diberi latihan menaip untuk meningkatkan tahap pengetahuan mereka dalam mempelajari microsoft office seperti powerpoint dan word. Aktiviti Klik Dengan Bijak juga disertai oleh pelajar sekolah menengah yang bertujuan untuk mendidik agar menggunakan internet dengan cara yang selamat serta mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet. Selain itu, para peserta juga diberi pendedahan berkaitan dengan permainan pendidikan.