NADI eSports “KELAS KESEDARAN”

Tarikh

: 26 OKTOBER 2024

Masa

: 11.30 – 12.00 Teng. hari

Lokasi

: NADI Kg Murni

Peserta

  : 6 peserta

Tujuan

Tujuan kelas ini untuk memberi pendedahan kepada peserta yang hadir dengan memberi gari panduan pembangunan sukan elektronik kebangasaan.

Aktiviti

Pada 26/10/2024, petugas NADI telah menjalankan kelas kesedaran yang berfokuskan kepada peserta MLBB. Kelas Kesedaran NADI x E-SUKAN ini melibatkan peserta yang mewakili NADI Kg Murni dalam perlawanan Mobile Legends Bang Bang! (MLBB). Kelas telah dilaksanakan dengan menggunakan kaedah penayangan beberapa video yang memberi garis panduan pembangunan sukan elekronik kebangsaan yang merangkumi 6 teras.

Gambar

ELEARNING “LATIHAN KARANGAN”

Tarikh

: 22 OKTOBER 2024

Masa

: 2.00 – 3.00 petang

Lokasi

: NADI Kg Murni

Peserta

  : 3 peserta

Tujuan

Kelas membina karangan Bahasa Melayu bertujuan untuk meningkatkan kemahiran menulis pelajar dengan memberi panduan struktur karangan, penggunaan tatabahasa yang betul, dan memperkayakan kosa kata. Kelas ini juga membantu pelajar menyampaikan idea dengan jelas dan kreatif, serta mempersiapkan mereka untuk menulis dengan lebih baik dalam peperiksaan..

Aktiviti

Pada 22/10/2024, petugas NADI Kg Murni telah menjalankan kelas pengajaran subjek Bahasa Melayu. Aktiviti kelas membina karangan Bahasa Melayu dijalankan untuk melatih pelajar menghasilkan karangan yang baik dengan struktur dan idea yang jelas. Aktiviti ini bertujuan meningkatkan kemahiran menulis, memperkaya perbendaharaan kata, dan membantu pelajar menyampaikan idea dengan lebih teratur dan berkesan.

Gambar

E-LEARNING “REVISION”

Tarikh

: 15 OKTOBER 2024

Masa

: 3.00 – 4.00 petang

Lokasi

: NADI Kg Murni

Peserta

  : 2 peserta

Tujuan

Kelas ulang kaji subjek sejarah dijalankan untuk membantu pelajar memahami dan mengingati peristiwa penting, tokoh, serta konsep dalam sejarah dengan lebih mendalam. Ia bertujuan memperkukuh pengetahuan, meningkatkan kemahiran analisis, dan menyediakan pelajar untuk peperiksaan melalui pembelajaran yang lebih fokus dan terarah.

Aktiviti

Pada 15/10/2024, pihak petugas telah menjalankan kelas ulang kaji. Aktiviti dalam kelas ulang kaji subjek sejarah merangkumi perbincangan kumpulan, kuiz interaktif, latihan soalan peperiksaan, dan penggunaan peta serta garis masa untuk memahami peristiwa sejarah. Aktiviti ini membantu pelajar mengingati fakta penting, mengasah kemahiran berfikir kritis, dan menghubungkan peristiwa sejarah dengan konsep utama secara lebih jelas.

Gambar

STEMiot “CERITA PENDEK”

Tarikh

: 22 OKTOBER 2024

Masa

: 3.00 – 4.00 petang

Lokasi

: NADI Kg Murni

Peserta

  : 10 peserta

Tujuan

Kelas membina cerita pendek bertujuan untuk membantu pelajar mengembangkan kemahiran menulis, merangsang kreativiti, dan mengasah kemahiran menyusun idea secara teratur. Ia juga menggalakkan ekspresi diri dan meningkatkan pemahaman pelajar terhadap struktur asas cerita, termasuk watak, plot, dan latar.

Aktiviti

Pada 22/10/2024, petugas NADI Kg Murni telah menjalankan kelas yang menganjar tentang cara pembinaan carita pendek menggunakan Power Point.. Aktiviti kelas membina cerita pendek bertujuan mengasah kreativiti dan kemahiran menulis pelajar dengan membimbing mereka mencipta cerita yang ringkas tetapi bermakna. Melalui aktiviti ini, pelajar belajar merancang plot, membina watak, dan menyampaikan idea secara tersusun, sambil memperkukuh penggunaan bahasa dan ekspresi mereka

Gambar

STEMiot “SLIME”

Tarikh

: 15 OKTOBER 2024

Masa

: 2.00 – 3.00 petang

Lokasi

: NADI Kg Murni

Peserta

  : 2 peserta

Tujuan

Kelas slime diadakan untuk memberi peluang kepada kanak-kanak dan remaja mempelajari cara membuat slime sendiri sambil meneroka asas-asas sains, seperti tindak balas kimia. Ia juga bertujuan untuk menggalakkan kreativiti, kemahiran motor halus, dan menyediakan aktiviti yang menyeronokkan serta interaktif.

Aktiviti

Pada 15/10/2024, pihak petugas NADI Kg Murni telah menjalankan aktiviti berfaedah yang dapat menggunakan waktu lapang pelajar dengan betul. Petugas telah mengadakan kelas cara membuat slime kepada peserta yang hadir pada kelas elearning hari tersebut. Kelas ini dimulakan dengan sesi penerangan dari petugas sebelum penayangan cara-cara pembuatan slime dari rumah menggunakan bahan-bahan yang mudah.

Gambar