E-LEARNING “Sistem Pencernaan”
Tarikh |
: 12 OGOS 2024 |
Masa |
: 3.00 – 4.00 petang |
Lokasi |
: NADI Kg Murni |
Peserta |
: 2 peserta |
Tujuan
Memberi ilmu pembelajaran kepada pelajar dan memastikan pelajar memahami dan menguasai konsep serta fungsi organ-organ yang terlibat dalam proses pencernaan.
Aktiviti
Pada 12 OGOS 2024, petugas NADI Kg Murni telah menjalankan kelas yang menganjar tentang sistem pencernaan manusia kepada pelajar sekolah rendah Kg Murni. Kelas telah dimulakan dengan penerangan kelas kepada pelajar. Seterusnya petugas telah menerangkan proses sistem pencernaan manusia dan organ-organ yang terlibat. Akhir sekali pelajar telah menjalani latihan untuk mengukuhkan pemahaman mereka.
STEMiot “Bina Logo”
Tarikh |
: 17 JULAI 2024 |
Masa |
: 3.00 – 4.00 petang |
Lokasi |
: NADI Kg Murni |
Peserta |
: 4 peserta |
Tujuan
Memberi ruang pembelajaran dan peluang kepada pelajar untuk membina logo mereka sendiri menggunakan kreativiti masing-masing.
Aktiviti
Pada 17 Julai 2024, petugas NADI telah menjalankan kelas STEMiot dimana petugas mengajar cara membuat logo menggunakan CANVA. Petugas terlebih dahulu mengajar pelajar cara menggunakan CANVA. Seterusnya petugas memberi tugasan kepada pelajar untuk berfikir perniagaan yang mereka akan jalankan. Akhir sekali mereka menyunting logo masing-masing menggunakan perniagaan yang mereka pilih.
E-LEARNING “Jam & Minit”
Tarikh |
: 22 JULAI 2024 |
Masa |
: 2.00 – 3.00 petang |
Lokasi |
: NADI Kg Murni |
Peserta |
: 2 peserta |
Tujuan
Memberi pembelajaran tambahan kepada pelajar tentang matapelajari matematik yang mengajar pelajar cara untuk membaca jam dan minit masa.
Aktiviti
Pada 22 Julai 2024, petugas NADI telah membuat kelas pembelajaran tambahan kepada pelajar untuk membaca jam dan minit masa dengan cepat. Selepas sesi pembelajaran, petugas menyediakan soalan kuiz kepada pelajar d papan putih untuk dijawab oleh pelajar.
STEMiot “Gambar Tersembunyi”
Tarikh |
: 22 JULAI 2024 |
Masa |
: 3.00 – 4.00 petang |
Lokasi |
: NADI Kg Murni |
Peserta |
: 3 peserta |
Tujuan
Aktiviti ini dijalankan oleh petugas untuk memberi latihan kecerdasan berfikir dengan pantas kepada pelajar komuniti Kg Murni.
Aktiviti
Pada 25 Julai 2024, petugas telah menjalankan aktiviti mencari objek tersembunyi dalam tempoh masa yang terhad. Petugs terlebih dahulu menerangkan aktiviti kepada pelajar. Seterusnya petugas membenarkan pelajar untuk belatih menyesuaikan diri dengan permainan tersebut sebelum mereka menyelesaikan permainan yang sebenar.
ICT “Asas Microsoft Excel”
Tarikh |
: 17 JULAI 2024 |
Masa |
: 3.00 – 4.00 petang |
Lokasi |
: NADI Kg Murni |
Peserta |
: 1 peserta |
Tujuan
Tujuan kelas ini adalah untuk memberi perkongsian ilmu tentang cara menggunakan Microsoft excel untuk membina jadual pembelajaran dalam kelas pelajar sekolah.
Aktiviti
Pada 17 Julai 2024, petugas NADI sekali lagi mengajar cara menggunakan Microsoft excel untuk membina jadual pembelajaran dalam kelas pelajar sekolah. Hal ini bukan saja dapat mengajar pelajar tentang ilmu ict tapi juga memudahkan pelajar menyimpan jadual mereka di dalam telefon mereka.