KDB “Jangan Kongsi Kebohongan”
Tarikh |
: 12 JULAI 2024 |
Masa |
: 2.00 – 3.00 petang |
Lokasi |
: NADI Kg Murni |
Peserta |
: 3 peserta |
Tujuan
Aktiviti ini dijalankan dengan bertujuan untuk memberi perkongsian dan kesedaran kepada kanak-kanak yang yang menyertai aktiviti ini tentang isu “Kebohongan” dalam internet.
Aktiviti
Pada 15 Julai 2024, petugas NADI telah menjalankan aktiviti perkongsian dan kesedaran kepada kanak-kanak komuniti Kg Murni. Dimana aktiviti ini mengandungi aktiviti taklimat dari petugas, penayangan video penerangan tambahan dan kuiz untuk menguji tahap pemahaman kanak-kanak.
KEUSAHAWANAN “Perniagaan Atas Talian”
Tarikh |
: 12 JULAI 2024 |
Masa |
: 9.00 – 10.00 pagi |
Lokasi |
: NADI Kg Murni |
Peserta |
: 1 peserta |
Tujuan
Untuk memberi tunjuk ajar cara menggunakan sosial media usahawan untuk dijadikan sebagai tempat mempromosi produk.
Aktiviti
Pada 12 Julai 2024, pihak petugas NADI Kg Murni telah menjalankan kelas usahawan selama satu jam kepada usahawan komuniti Kg Murni. Dimana kelas ini mengajar cara usahawan mempromosikan produk mereka menggunakan social media mereka sendiri. Petugas turut mengajar cara untuk menyunting gambar dan poster untuk mempromosi produk mereka.
COMMUNITY OUTREACH “Kenali NADI”
Tarikh |
: 28 JUN 2024 |
Masa |
: 9.00 – 12.00 T/Hari |
Lokasi |
: Kelab Belia Nabawan |
Peserta |
:60 peserta |
Tujuan
Untuk meluaskan pengetahuan komuniti tentang fungsi dan kewujudan NADI sempena Program Sejati Madani Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA) Madani.
Aktiviti
Sempena Program Sejati Madani Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA) Madani, petugas NADI kluster Nabawan telah dijemput untuk mengadakan taklimat Kenali NADI kepada ahli – ahli jabatan kerajaan yang telah menghadiri program ini termasuklah Jab. Penerangan Daerah Nabawan, Jab. Kementerian Belia dan Sukan dan Jab. Pertanian Daerah Nabawan.
KDB “Berita Palsu”
Tarikh |
: 28 JUN 2024 |
Masa |
: 9.00 – 12.00 T/Hari |
Lokasi |
: Dewan Belia Nabawan |
Peserta |
: 60 peserta |
Tujuan
Memberi perkongsian dan kesedaran tentang berita palsu dalam talian kepada ahli – ahli jabatan kerajaan yang telah menghadiri Program Sejati Madani Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA) Madani.
Aktiviti
Sempena Program Sejati Madani Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA) Madani, petugas NADI kluster Nabawan telah dijemput untuk mengadakan taklimat Kenali NADI kepada ahli – ahli jabatan kerajaan. Dalam masa yang sama petugas telah memberikan taklimat perkongsian tentang kesedaran berita palsu yang berlaku didalam talian. Petugas juga memberikan info cara untuk mengenal pasti kesahisan berita sebelum menyebarkan berita tersebut dengan lebih lanjut.
E-LEARNING “Rantai Makanan
Tarikh |
: 25 JUN 2024 |
Masa |
: 3.00 – 4.00 petang |
Lokasi |
: NADI Kg Murni |
Peserta |
: 4 peserta |
Tujuan
Memberi tunjuk ajar dan perkongsian tentang ilmu sains dalam sub topik pembelajaran rantai makanan kepada pelajar sekolah rendah.
Aktiviti
Petugas menerangkan tujuan kelas dan aktiviti kelas kepada pelajar. Seterusnya pelajar diajar tentang rantai makanan dalam hidupan haiwan menggunakan gambar yang tersedia dalam internet. Kemudian pelajar diuji dengan sesi soal jawan dan ujian bertulis yang disediakan oleh petugas dalam bentuk google form untuk menguji tahap pemahaman pelajar akan topik ini.