ICT “Ujian SPA9”

Tarikh

: 16 JULAI 2024

Masa

: 3.00 – 4.00 petang

Lokasi

: NADI Kg Murni

Peserta

  : 2 peserta

Tujuan

            Tujuan kelas ini adalah untuk memberi ruang yang selesa kepada pengguna yang ingin menggunakan kemudahan ICT NADI.

Aktiviti

            Pada 16 Julai 2024, petugas NADI telah menyediakan tempat kepada pengguna yang bakal menjawab ujian SPA9. Sebelum penggunan menjawab soalan, petugas mengajar dan memberi tips kepada pengguna cara menjawab ujian psikometrik kepada pengguna sebelum mereka menjawab soalan yang sebenar.

Gambar

KDB “Mobile E Waste”

Tarikh

: 16 JULAI 2024

Masa

: 2.00 – 3.00 petang

Lokasi

: NADI Kg Murni

Peserta

  : 3 peserta

Tujuan

            Memberi peluang kepada pelajar untuk meluaskan ilmu dalam nilai kitar semula barangan terpakai.

Aktiviti

            Pada 16 Julai 2024, petugas NADI telah menjalankan aktiviti KDB selama satu jam. Pengisian aktiviti ini tertumpu kepada penerangan kepada pelajar tentang apa yang perlu mereka lakukan sekiranya terdapat barang terpakai jenis elektronik yang boleh dikitar semula dan cara untuk melupuskan dengan cara yang betul untuk melindungi bumi.

Gambar

KDB “Berita Palsu”

Tarikh

: 13 JULAI 2024

Masa

: 09.00 – 3.00 petang

Lokasi

: Kg Salarom Baru

Peserta

  : 106 peserta

Tujuan

Aktiviti ini dijalankan dengan bertujuan untuk memberi perkongsian dan kesedaran kepada komuniti Kg Salarom Baru tentang isu Berita Palsu dan untuk melahirkan komuniti yang bertanggungjawab dalam menyebarkan berita yang benar.

Aktiviti

Pada 13 Julai 2024, NADI Kluster Nabawan telah dijemput untuk memberi perkongsian kepada komuniti Kg Salarom Baru. Oleh hal yang demikian, selesai sahaja petugas memperkenalkan NADI kepada komuniti, petugas telah memberi perkongsian tentang Berita Palsu. Dimana petugas telah menerangkan fokus Kdb dan tujuan Kdb dilaksanakan.

Petugas seterusnya menerangkan topik utama kepada komuniti iaitu “Berita Palsu”. Petugas turut memberikan contoh-contoh isu semasa yang berkaitan dengan topik dan yang telah berlaku di daerah Nabawan sendiri. Seterusnya aktiviti ditutup dengan sesi soal jawab dari kedua pihak.

Gambar

ICT “Bina Jadual”

Tarikh

: 15 JULAI 2024

Masa

: 3.00 – 4.00 petang

Lokasi

: NADI Kg Murni

Peserta

  : 3 peserta

Tujuan

Memberikan ruang pembelajaran dan menambahan ilmu dalam membina jadual aktiviti harian pelajar menggunakan Microsoft excel.

Aktiviti

Pada 15 Julai 2024, petugas NADI telah menjalankan kelas ICT yang mengajar pelajar untuk membina jadual aktiviti harian pelajar dalam dan luar waktu sekolah menggunakan Microsoft excel. Hal ini bukan saja dapat meningkatkan pengurusan masa pelajar tapi juga dapat mempelajari ilmu ict.

Gambar

PROGRAM JIWA KOMUNITI MADANI, KG SALAROM BARU

Tarikh

: 13 JULAI 2024

Masa

: 9.00 – 3.00 petang

Lokasi

: Kg Salarom Baru

Peserta

  : 106 peserta

Tujuan

Program ini dilaksanakan dengan tujuan untuk mendekatkan jurang antara komuniti luar dengan komuniti Kg Salarom baru, memperkenalkan NADI dan memberikan perkongsian taklimat daripada beberapa agensi jemputan lain.

Aktiviti

Pada 13 Julai 2024, NADI Kluster Nabawan telah dijemput oleh Pejabat Pendaftaran Daerah Nabawan untuk memberi taklimat pengisian tentang NADI kepada komuniti Kg Salarom Baru. Dimana pengisian taklimat ini ialah memperkenalkan dan memberi pengertian kepada komuniti tentang kewujudan dan fokus utama NADI dibangunkan.

Gambar