Klik dengan bijak
Tarikh : 18 Oktober 2019 Masa : 2.00 petang - 4.00 petang Tempat : Pusat Internet Kg Murni Peserta : 7 orang |
Tujuan
Kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang penggunaan internet secara berhemah.
Aktiviti
Peserta diminta untuk memilih satu video klik dengan bijak melalui youtube dan mengenalpasti jenayah yang dilakukan.
Pemasaran Melalui Media Sosial
Tarikh : 16 Oktober 2019 Masa : 2.00 petang - 5.00 petang Tempat : Pusat Internet Kg Murni Peserta : 10 orang |
Tujuan
Kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang pemasaran secara online.
Aktiviti
Para peserta diberi penerangan tentang cara memasarkan barangan secara online iaitu melalui facebook, instagram dan whatsapp. Peserta juga diajar bagaimana pengiklanan yang menarik minat pelanggan terutamanya kepada produk kosmetik iaitu Mary Kay.
E- Pembelajaran (Matematik)
Tarikh : 10 Oktober 2019 Masa : 2.00 petang - 5.00 petang Tempat : Pusat Internet Kg Murni Peserta : 4 orang |
Tujuan
Kelas ICT disertai oleh pelajar sekolah rendah. Ia bertujuan untuk membantu meningkatkan daya pengetahuan mereka tentang pelajaran iaitu melalui aplikasi permainan pendidikan
Aktiviti
Para peserta belajar melalui aplikasi pendidikan iaitu www.abcya.com.
Microsoft Word (Menaip)
Tarikh : 14 Oktober 2019 Masa : 2.00 petang - 5.00 petang Tempat : Pusat Internet Kg Murni Peserta : 5 orang |
Tujuan
Kelas ICT disertai oleh pelajar sekolah rendah. Ia bertujuan untuk membantu meningkatkan kemahiran peserta dalam menggunakan microsoft word iaitu menaip secara pantas
Aktiviti
Para peserta belajar menaip tugasan yang diberikan
Asas komputer
Tarikh : 07 Oktober 2019 Masa : 2.00 petang - 4.00 petang Tempat : Pusat Internet Kg Murni Peserta : 6 orang |
Tujuan
Kelas ICT disertai oleh pelajar sekolah menengah khususnya ahli yang baru mendaftar. Ia bertujuan untuk membantu para pelajar meningkatkan pengetahuan serta kemahiran dalam bidang ICT.
Aktiviti
Para peserta diberi penerangan tentang komponen-komponen komputer. Selain itu mereka juga diberi penerangan tentang kegunaan komputer dan internet.