MINI PROGRAM KEUSAHAWANAN Hias Kek
Tarikh |
: 23 FEBRUARI 2024 |
Masa |
: 9.00 pagi – 12.00 tengah hari |
Lokasi |
: PEDi Kg Murni |
Peserta |
: 20 peserta |
Tujuan
Menyediakan kesempatan kepada komuniti kg murni untuk mempelajari ilmu baru dalam cara menghias kek sempena program keusahawanan.
Aktiviti
Pengejar, Pn. Juliati Sombongkok memulakan aktiviti dengan sesi memperkenalkan diri dan mempromosi produk perniagaannya. Seterusnya kelas hias kek dimulakan dengan demo seterusnya pelajar akan menghias kek masing-masing menggunakan tips yang diberi oleh Pn. Juliati.
Ahkir sekali program diakhiri dengan sesi penyampai sijil penghargaan dan cenderahati dan sesi bergambar.
ICT Latihan menaip
Tarikh |
:19 FEBRUARI 2024 |
Masa |
: 3.00 – 4.00 petang |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Komuniti Digital (PEDi) Kg Murni |
Peserta |
: 2 peserta |
Tujuan
Latihan menaip adalah penting untuk meningkatkan kemahiran menaip dan kecepatan menaip seseorang. Melalui latihan menaip yang berterusan, seseorang dapat meningkatkan kecekapan dalam penggunaan papan kekunci dan mengurangkan kesilapan menaip. Selain itu, latihan menaip juga membantu memperbaiki postur duduk dan memperkukuhkan otot-otot tangan, yang penting untuk kesihatan jangka panjang. Oleh itu, amalan latihan menaip secara berkala adalah penting bagi mereka yang ingin meningkatkan kemahiran menaip mereka.
Aktiviti
Petugas memberi ruang kepada peserta untuk menggunakan kemudahan komputer yang tersedia dan memulakan latihan menaip menggunakan system yang tersedia dalam internet.
E-LEARNING Kitar semula
Tarikh |
: 13 FEBRUARI 2024 |
Masa |
: 3.00 – 4.00 petang |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Komuniti Digital (PEDi) Kg Murni |
Peserta |
: 4 peserta |
Tujuan
Pengajaran kebaikan kitar semula kepada kanak-kanak adalah penting bagi menyedarkan mereka tentang pentingnya menjaga alam sekitar. Melalui aktiviti-aktiviti seperti mengasingkan bahan kitar semula dan membuat projek seni dari bahan terpakai, kanak-kanak dapat memahami bagaimana amalan kitar semula membantu mengurangkan pencemaran dan menyelamatkan sumber alam. Ini membentuk kesedaran yang awal tentang tanggungjawab terhadap alam sekitar dan mengajar mereka untuk menjadi warga bumi yang bertanggungjawab.
Aktiviti
Petugas sumber dalam bentuk video dan gambar dalam internet sambil diterangkan kepada peserta.
ICT Mencari soalan latih tubi
Tarikh |
: 13 FEBRUARI 2024 |
Masa |
: 3.00 – 4.00 petang |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Komuniti Digital (PEDi) Kg Murni |
Peserta |
: 4 peserta |
Tujuan
Mengajar pelajar sekolah cara-cara mencari bahan belajar dan soalan latih tubi yang boleh dicari dalam sumber internet yang tersedia.
Aktiviti
Petugas mengajar peserta cara-cara menggunakan internet untuk mencari sumber pembelajaran dan soalan latih tubi.
E-LEARNING Penambahan nombor
Tarikh |
: 12 FEBRUARI 2024 |
Masa |
: 3.00 – 4.00 petang |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Komuniti Digital (PEDi) Kg Murni |
Peserta |
: 3 peserta |
Tujuan
Di dalam kelas penambahan nombor, pelajar diajar teknik-teknik untuk menjumlahkan nombor secara efektif. Misalnya, mereka belajar cara-cara menggunakan kaedah tambah bersilang dan kaedah-tambah tanpa baki. Dengan bimbingan guru, mereka dapat meningkatkan kecekapan mereka dalam operasi matematik ini.
Aktiviti
Petugas memberikan latihan kepada peserta sambil dipantau oleh petugas.