E-LEARNING “Math genius”

Tarikh

: 04 MEI 2024

Masa

: 3.00 – 4.00 petang

Lokasi

: NADI Kg Murni

Peserta

  : 2 peserta

Tujuan

Untuk memperbaiki dan menambah ilmu pengetahuan matematik pelajar sekolah rendah.

Aktiviti

Petugas menerangkan tujuan dan aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan sepanjang kelas pada hari ini. Selepas itu petugas memberi perkongsian dan tunjuk ajar untuk menyelesaikan soalan-soalan yang tersedia. Akhir sekali pelajar akan menyelesaikan soalan masing-masing sambil dibimbing oleh petugas.

Gambar disini.

ICT “Latihan Menaip”

Tarikh

: 28 APRIL 2024

Masa

: 3.00 – 4.00 petang

Lokasi

: NADI Kg Murni

Peserta

  : 5 peserta

Tujuan

Menyediakan peluang kepada peserta untuk memperbaiki penguasaan mereka menaip.

Aktiviti

Petugas menyediakan perenggan ayat yang perlu ditaip semula oleh peserta dalam power point yang ditayangkan dalam bilik latihan ict. Dalam perenggan tersebut disediakan beberapa elemen yang perlu peserta cari dalam Microsoft word mereka sendiri.

Seterusnya petugas memeriksa hasil kerja peserta dan merekod tempoh masa peserta perlu untuk menyiapkan kerja mereka.

Gambar disini.

STEM-IOT ABCYA.com “Blue Box”

Tarikh

: 21 APRIL 2024

Masa

: 3.00 – 4.00 petang

Lokasi

: NADI Kg Murni

Peserta

  : 3 peserta

Tujuan

Mengajar pelajar sekolah rendah untuk berfikiran kreatif dan meningkatkan daya fokus pelajar.

Aktiviti

Petugas menyediakan sumber pembalajaran yang tersedia dalam ABCYA.com yang mengajar pelajar untuk menyelesaikan masalah yang berperingkat. Ini dapat meningkatkan daya penyelesaian masalah peserta.

Gambar disini.

ICT “Kad Raya”

Tarikh

:27 APRIL 2024

Masa

: 3.00 – 4.00 petang

Lokasi

: NADI Kg Murni

Peserta

  : 2 peserta

Tujuan

Latihan ICT ini adalah untuk meningkatkan kreativiti pelajar sekolah menengah dan menambah ilmu kepada pelajar dalam mengedit gambar untuk dijadikan kad ucapan hari raya.

Aktiviti

Petugas mengarahkan pelajar untuk membuka Paint Microsoft dan mencari gambar yang sesuai dengan kemahuan pelajar untuk dijadikan hias latar kad mereka. Seterusnya petugas mengajar cara untuk memasukkan ayat dan menyusun ayat tersebut kepada susunan yang menarik.

Gambar disini.

E-LEARNING ABCYA.com “Brainie”

Tarikh

: 20 APRIL 2024

Masa

: 3.00 – 4.00 petang

Lokasi

: NADI Kg Murni

Peserta

  : 2 peserta

Tujuan

Kelas ini bertujuan untuk menyediakan kemudahan kepada pelajar sekolah rendah Kg Murni untuk menyertai kelas pembelajaran menggunakan bahan yang terdapat dalam talian yang selamat.

Aktiviti

Petugas menyediakan sumber pembelajaran dalam laman yang tersedia iaitu ABCYA.com. Di mana laman ini menguji tahap daya penyelesaian pelajar dengan menyelesaikan masalah menggunakan asas penambahan nombor.

Gambar disini.