Nama

: Junior Kadir

Umur

: 16 tahun

Ahli

: 2018

 

Latar belakang

Adik Junior Kadir  merupakan ahli PI Kg.Murni yang aktif dan selalu mengikuti kelas ict dan jarak rumah   dari PI ialah 0.4  km. Adik Junior merupakan seorang pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Nabawan dan merupakan pelajar pendidikan khas

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

sebelum datang ke Pusat Internet dan belajar tentang Komputer  adik Junior  tiada asas  pengetahuan Komputer

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Adik Junior ini lain daripada yang lain, kerana sebelum adik ini mendaftar di pusat internet kg Murni,adik  ini sering mengikut  kawan-kawannya untuk datang ke pusat internet  hanya lihat kawan-kawannya menggunakan komputer. Namun dengan inisiatif Petugas pusat internet,adik ini di galakkan untuk mengikut latihan ict bersama pelajar-pelajar lain dan sehingga kini adik Junior kerap untuk datang di pusat internet untuk online dan kini adik ini mempunyai kebolehan mengendalikan komputer sendiri

Usahawan Roti Bun Natasha Dan Kek

Nama

: Arlin Jack

Umur

: 32 tahun

Ahli

: 2018

 

Latar belakang

 

Pada asalnya Cik Arlin hanya menyediakan Bun untuk keluarga  namun Cik Arlin kini menyedari produk Bun NATASHA diminati oleh penduduk sekitar nabawan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 Sebelum ini  kurangnya promosi di media sosial,maka permintaan produknya tidak meluas

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Murni, Cik Arlin kini telah meningkat kemahiran dengan banyak mempelajari benda seperti marketing plan, walaupun pendapatan belum menentu,namun menunjukkan peningkatan permintaan hasil produknya

BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MULTIMEDIA

Nama

: Alerance Shamri

Umur

: 15 tahun

Ahli

: 2014

Latar belakang

Adik Alerance Shamri merupakan ahli PI Kg.Murni yang ke-45 dan jarak rumah   dari PI ialah0.4  km. Adik Alerance merupakan seorang pelajar dan anak kedua dalam keluarga  yang telah mengambil PT3 tahun ini.. Oleh itu dia selalu datang ke Pusat Internet untuk belajar ilmu ICT  serta mencari bahan rujukan

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

sebelum datang ke Pusat Internet dan belajar tentang Komputer  adik Alerance kurang pengetahuan Komputer  Dengan  dunia kian maju dengan teknologi canggih masa kini memaksa adik Alerance ingin belajar ilmu ICT lebih mendalam

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah menjadi ahli PI adik Alerance  mengikuti Kursus yang diadakan di PI adik Alerance diajar cara membuka akaun facebook serta cara menggunakan facebook, Adik Alerance juga belajar cara membuat email,Microsoft office dan latihan asas media baru yang lain. Kini adik Alerance mahir menggunakan Komputer dan Laman social.

USAHAWAN KRAFTANGAN

Nama

: SUZAN ROBERT

Umur

: 27 tahun

Ahli

: 2014

Latar belakang

Pada asalnya Pn Suzan merupakan pembekal Produk Jeruk Ikan masammasin namun pada hari ini,pn suzan sudah mula berjinak-jinak dalam menawarkan perkhidamatan menjual produk kraftangan secara online dan offline

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan Pn Suzan untuk perkhidmatan adalah tidak menentu. Dan banyak produknya tidak terjual secara meluas

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah Pn.Suzan mengikut kelas Keusahawan yang di buat di Pusat Internet Kg. Murni dengan latihan yang di beri seperti teknik mempromosikan perkhidmatannya di Whatssap dan facebook, dan pendapatannya  kini menunjukkan peningkatan walaupun baru berjinak dalam perniagaan kraftangan yang  hanya bermula di rumahnya.

 

 

BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN DESIGN

Nama

: VYDELINE TINAH JUSTIN

Umur

: 16 tahun

Ahli

: 2016

 

Latar belakang

Adik VYDELINE TINAH JUSTIN   merupakan ahli PI Kg.Murni  dan jarak rumah adik VYDELINE  dari PI ialah0.5  km. Adik ini merupakan seorang pelajar  tingkatan 4. Oleh itu dia selalu datang ke Pusat Internet untuk belajar ilmu ICT  serta mencari bahan rujukan  untuk kerja sekolahnya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

sebelum datang ke Pusat Internet dan belajar tentang Komputer  adik VYDELINE kurang pengetahuan Komputer  Dengan  dunia kian maju dengan teknologi canggih masa kini memaksa VYDELINE  ingin belajar ilmu ICT lebih mendalam

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah menjadi ahli PI adik VYDELINE telah   mengikuti Kelas ICT  pada hari yang ditetapkan oleh petugas. Di PI adik VYDELINE  diajar cara membuka akaun facebook serta cara menggunakan facebook, selain daripada facebook  adik VYDELINE juga belajar cara membuat email,Microsoft office dan latihan asas media baru yang lain. Kini Adik VYDELINE TINAH JUSTIN mahir menggunakan Komputer dan Laman social.