Keusahawanan
Nama |
: Rozaini Ayu |
Umur |
: 28 tahun |
Ahli |
: Julai 2019 |
Latar belakang
Puan Rozaini Ayu menjalankan perniagaan produk kecantikan dan penjagaan muka.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum beliau mengenali pusat internet beliau hanya menjalankan kelas dan perniagaan di sekitar jiran dan kawan-kawan rapatnya sahaja. Dia tidak mempunyai jaringan yang banyak untuk mengembangkan perniagaannya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah beliau dijemput dan diperkenalkan mengenai pusat internet, beliau kini banyak menggunakan pusat internet sebagai tempat mengembangkan perniaagaannya. Puan Rozaini Ayu sering menggunakan pusat internet untuk membuat kelas kecantikan dan penjagaan muka. Selain itu, dia juga belajar menggunakan microsoft word untuk menulis nota untuk diedarkan kepada kliennya. Beliau kini semakin dikenali selepas melibatkan diri dengan pusat internet.
Nama |
: Marklin Pilim |
Umur |
: 18 tahun |
Ahli |
: 2019 |
Latar belakang
Adik Marklin Pilim merupakan ahli PI Kg.Murni yang aktif dan jarak rumah adik Marklin dari PI ialah 4 km iaitu adik ini tinggal d Kampung Tetagas. Adik ini merupakan seorang pelajar yang mengambil STPM tahun ini.. Oleh itu dia selalu datang ke Pusat Internet untuk belajar ilmu ICT serta mencari bahan rujukan untuk persiapan STPM tahun ini.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum datang ke Pusat Internet dan belajar tentang Komputer adik Marklin kurang pengetahuan Komputer Dengan dunia kian maju dengan teknologi canggih masa kini memaksa adik ini ingin belajar ilmu ICT lebih mendalam
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah menjadi ahli PI Kampung Murni adik Marklin telah mengikuti Kursus Komputer pada hari yang di tetapkanya sendiri iaitu selepas hari persekolahan dan hari cuti iaitu sabtu dan ahad,Adik Marklin telah mengikuti kelas iCT seperti Pengenalan kepada asas Komputer dan Perkakasan,Microsoft Office (Words,Power Point,Excel) dan juga di ajar mengenai cara mengendali social media seperti Facebook,email dan sebagainya.Kini adik ini kerap datang ke PI untuk membuat kerja Kursus dan mencari maklumat pengetahuan.
Nama |
: Joel Nelson |
Umur |
: 11 tahun |
Ahli |
: 2017 |
Latar belakang
Adik Joel Nelson merupakan ahli PI Kg.Murni yang aktif dan selalu mengikuti kelas ict dan jarak rumah dari PI ialah 0.4 km. Adik Joel merupakan seorang pelajar di Sekolah Kebangsaan Nabawan
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
sebelum datang ke Pusat Internet dan belajar tentang Komputer adik Joel tiada asas pengetahuan Komputer
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Adik Joel ini lain daripada yang lain, kerana sebelum adik ini mendaftar di pusat internet kg Murni,adik ini sering mengikut kawan-kawannya untuk datang ke pusat internet hanya lihat kawan-kawannya menggunakan komputer. Namun dengan inisiatif Petugas pusat internet,adik ini di galakkan untuk mengikut latihan ict bersama pelajar-pelajar lain dan sehingga kini adik Joel kerap untuk datang di pusat internet untuk online dan kini adik ini mempunyai kebolehan mengendalikan komputer sendiri
Perkhidmatan Jahitan
Nama |
: Duria Binti Lusau |
Umur |
: 42 tahun |
Ahli |
: 2014 |
Latar belakang
Pada asalnya kemahiran menjahit yang ada pada Pn Duria hanya untuk keluarga, namun Pn Duria yang baru menamatkan kursus belajar di Giat Mara Pensiangan dalam bidang Jahitan Pakaian, mula menerima tempahan daripada pendududk setempat
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Puan Duria merupankan seorang yang baru bermula untuk berniaga atau menjalankan perkhidmatan menerima tempahan jahitan di sekitar daerah Nabawan. Kebiasaannya, beliau hanya mengiklankan kemahirannya melalui risalah dan lain-lain pengiklanan kovensional. Kaedah ini kurang relevan dengan pasaran semasa.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Murni, Pn. Duria kini telah meningkat kemahiran dengan banyak mempelajari benda seperti marketing plan, pengiklanan perkhidmatan jahitan di medium-medium social sperti facebook dan blog.Walaupun telah menguasai banyak pengetahuan ICT, Puan Duria tetap berkunjung ke PI Kg Murni bagi mendalami lebih banyak pengetahuan ICT yang luas. Selain dari kelas yang disediakan, beliau juga memerlukan kelengkapan ICT yang lain seperti komputer yang bersesuaian, internet berkelajuan tinggi dan mesin pencetakan bagi menyiapkan urusannya.
Perkhidmatan Membaik Pulih Komputer
Nama |
: Hairy Robert |
Umur |
: 19 tahun |
Ahli |
: 2018 |
Latar belakang
Pada asalnya En. Hairy Robert merupakan seorang pelajar tingkatan enam namun pada hari ini En. Hairy dan beberapa rakan kongsinya telah membuka satu perniagaan iaitu perkhidmatan membaik pulih komputer dan Laptop
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum ini kurangnya promosi di media sosial,maka perkhidmatan membaiki komputer kurang di kenali
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah En. Hairy mengikut kelas Keusahawan yang di buat di Pusat Internet Kg. Murni dengan latihan yang di beri seperti teknik mempromosikan perkhidmatannya di Whatssap dan facebook, kini beliau banyak menerima pelanggan di sekitar dari nabawan kerana di daerah nabawan peluang untuk perkhidmatan membaik pulih komputer masih kurang dan ini merupakan satu peluangkan kepada En.Hairy dan rakan-rakannya untuk memulakan perkhidmatan mereka walaupun hakikatnya pelanggan hanya berhubung dengan mereka melalui whatsapp dan ataupun terus ke rumah En.Hairy