Nama : MAHANI BINTI ASOK Umur : 34 Tahun Ahli : 2016 |
|
Latar Belakang
Puan Mahani Menjadi ahli dan sukarelawan PEDi dan MIV Kg Murni sejak 2016.
Seorang yang aktif untuk membantu PEDi dalam setiap program
Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI
Sebelum saya berkunjug ke PIK atau hari ini kenali sebagai PEDi, saya memikirkan PIK itu hanya tempat pelajar sekolah belajar ict, namun anggapan saya itu salah, kerana setelah Petugas datang membuat promosi kepada saya sendiri, baru saya mula faham tujuan PIK di tubuhkan.
Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI
Menjadikan PEDi sebagai tempat untuk mengikuti kelas online, mencari maklumat dan mengadakan perbincangan
Keusahawanan
Nama |
: Suzan Robert |
Umur |
: 30 tahun |
Ahli |
: 2014 |
Latar belakang
Puan Suzan menjalankan perniagaan sambilan iaitu menjual produk makanan tradisi iaitu membuat produk tuhau,lada original sabahan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum beliau mengenali pusat internet beliau hanya menjalankan perniagaan di sekitar jiran dan kawan-kawan rapatnya sahaja. Dia tidak mempunyai jaringan yang banyak untuk mengembangkan perniagaannya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah Puan Suzan dijemput dan diperkenalkan mengenai pusat internet, Pn Suzan kini banyak menggunakan pusat internet sebagai tempat mengembangkan perniagaannya. Puan Suzan sering menggunakan pusat internet untuk mencari maklumat mengenai perniagaan dan pemasaran kedai online melalui internet.
Nama : ROJER @ HARUN BIN AMPAIT Umur : 43 Tahun Ahli : 2014 |
|
Latar Belakang
Encik Roger adalah seorang penduduk kampung yang aktif berkunjung ke pusat internet dan juga seorang ahli (RELA)yang aktif dalam kegiatan SUKARELAWAN di kampung serta daerah Nabawan
Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI
Sebelum saya berkunjug ke PIK, saya memikirkan PIK itu hanya tempat pelajar sekolah belajar ict, namun anggapan saya itu salah, kerana setelah Petugas datang membuat promosi kepada saya sendiri, baru saya mula faham tujuan PIK di tubuhkan, dan kekerapan saya berjumpa dengan Petugas PIK untuk mengetahui dunia ict, telah menampakkan hasil kepada diri saya sendiri
Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI
Secara khusus,bagi saya setelah mengenal dunia IT hari, saya dapat memperbaiki diri saya, kerana sebelum ini saya merupakan seorang buta IT, namun semenjak adanya Pusat Internet di Kg. Murni, saya telah mengambil peluang ini untuk berkunjung ke sana untuk belajar dunia ict, dan kini saya dapat lihat diri saya ada perubahan sedikit, dimana sebelum ini saya hanya menggunakan handphone biasa saja, setakat buat panggilan dan sms sahaja, namun setelah mengikuti kelas secara formal dan tidak formal yang di buat di PIK Kg. Murni, kini saya suda membeli sebuah smartphone untuk saya belajar dunia baru, kini saya sudah tahu menggunakan aplikasi seperti Facebook,Whatsapp,Wechat dan sebagainya
Celik IT
Nama |
: MOSES MORRIS |
Umur |
: 12 tahun |
Ahli |
: Mei 2021 |
Latar belakang
Adik Moses merupakan ahli Pusat Internet Komuniti Kg.Murni yang aktif dan selalu mengikuti kelas E-Tuisyen Matematik,Bahasa Ingerris dan Sains yang di jalankan secara online menggunakan aplikasi zoom
Adik Moses merupakan seorang anak desa iaitu berasal dari kampung Enam Nabawan yang mempunyai jarak 3 Kilometer dari kampung enam hingga ke Pusat Internet Komuniti Kampung Murni. Adik ini merupakan seorang pelajar yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kampung Enam,Nabawan
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
sebelum datang ke Pusat Internet dan belajar tentang Komputer , adik ini kurang kemahiran dalam menggunakan Komputer
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah Adik Moses ini mengikuti kelas ICT dan E-Tuisyen yang dilaksanakan di Pusat Internet Komuniti dapat di lihat, adik ini mempunyai kemahiran yang baik dalam cara menggunakan aplikasi Zoom semasa proses pembelajaran,iaitu adik ini dapat meningkatkan komunikasi secara maya dengan pelajar dari semenanjung dan sarawak
Keusahawanan
Nama |
: Saripah Binti Sundai |
Umur |
: 53 tahun |
Ahli |
: 2014 |
Latar belakang
Puan Saripah menjalankan perniagaan sambilan iaitu menjahit pakaian tradisional murut dan membuat gelang manik sekiranya ada permintaan
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum beliau mengenali pusat internet beliau hanya menjalankan perniagaan di sekitar jiran dan kawan-kawan rapatnya sahaja. Dia tidak mempunyai jaringan yang banyak untuk mengembangkan perniagaannya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah Puan Saripah dijemput dan diperkenalkan mengenai pusat internet, Pn Saripah kini banyak menggunakan pusat internet sebagai tempat mengembangkan perniagaannya. Puan Saripah sering menggunakan pusat internet untuk mencari maklumat mengenai teknik-teknik menyulam dan mendapatkan corak-corak yang menarik melalui internet.