KELAS MENAIP
Tarikh |
: 09 APRIL 2023 |
Masa |
: 2.30 – 3.00 petang |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Komuniti Digital (PEDi) Kg Murni |
Peserta |
: 2 peserta |
Tujuan
Kelas ini diadakan untuk mengajar peserta untuk menaip menggunakan mircrosoft words.
Aktiviti
Petugas memberi tunjuk ajar kepada peserta dalam asas menaip menggunakan microsoft word. Seterusnya petugas memberi latihan kepada peserta untuk menguji tahap kebolehan mereka selepas tunjuk ajar.
KDB – ONLINE GAMING
Tarikh |
: 07 APRIL2023 |
Masa |
: 2.30 – 3.00 petang |
Lokasi |
: PEDi Kg Murni |
Peserta |
: 3 peserta |
Tujuan
Aktiviti ini dilakukan adalah untuk mendidik kanak-kanak dan remaja tentang permainan online.
Aktiviti
Pengurus menerangkan erti online gaming dan kemungkinan yang akan berlaku sepanjang mereka bermain secara maya. Pengurus menerangkan bahawa mereka boleh menjadi scammer target dan mangsa gangguan seksual. Akhir sekali petugas mengajar mereka cara-cara untuk mengelak dari menjadi mangsa dan menyuruh mereka untuk sentiasa dalam keadaan berwaspada.
E – learning: Puzzle
Tarikh |
: 20 Mac 2023 |
Masa |
: 3.00 – 4.30 petang |
Lokasi |
: PEDi Kg Murni |
Peserta |
: 3 peserta |
Tujuan
Aktiviti ini dilaksanakan untuk memberi peserta aktiviti yang berfaedah untuk mengasa minda mereka.
Aktiviti
Aktivit ini diadakan untuk mengalihkan perhatian peserta daripada aktiviti yang kurang berfaedah seperti bermain video game dan menonton video yang tidak memberi pengisian yang betul. Peserta diberikan permainan yang memerlukan peserta untuk menyelesaikan satu masalah dalam bentuk puzzle. Aktiviti ini dapat melatih minda peserta untuk berfikir pantas dan luar dari kotak.
E-LEARNING: Vocabulary Board
Tarikh |
: 05 APRIL 2023 |
Masa |
: 3.00 – 4.00 petang |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Komuniti Digital (PEDi) Kg Murni |
Peserta |
: 2 peserta |
Tujuan
Kelas ini dilakukan untuk menarik minat kanak-kanak untuk mempelajari Bahasa English.
Aktiviti
Petugas membuka website yang memberikan permainan percuma untuk mengembangkan pengetahuan kanak-kanak dengan istilah-istilah dalam bahasa English.
Kelas Menaip
Tarikh |
: 17 Mac 2023 |
Masa |
: 2.30 – 4.00 petang |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Komuniti Digital (PEDi) Kg Murni |
Peserta |
: 2 peserta |
Tujuan
Kelas ini diadakan untuk memberi pendedahan awal kepada peserta lepasan SPM tentang cara menggunakan Microsoft Word.
Aktiviti
Petugas menerangkan maksud dan fungsi-fungsi yang terdapat dalam Microsoft word yang boleh digunakan kepada peserta dan pada masa yang sama menerangkan akan aktiviti yang boleh mendatangkan bahaya jika komputer disalah gunakan. Seterusnya petugas memberi peserta latihan untuk menguji tahap kepandaian peserta.