Kelas ICT Latihan Microsoft Word

Tarikh

: 08hb December 2022

Masa

: 3.00 – 4.30 petang

Lokasi

: Pusat Komuniti Digital (PEDi) Kg Murni

Peserta

: 2 peserta

Tujuan

Latihan ini dilaksanakan untuk memberi peserta latihan cara penggunaan Microsoft Word

Aktiviti

Petugas menerangkan fungsi-fungsi yang terdapat dalam Microsoft Word terlebih dahulu sebelum petugas memberi latihan kepada para peserta untuk menyediakan biodata dan cerita pendek mengenai diri mereka masing-masing dengan menggunakan fungsi-fungsi yang telah diterangkan oleh petugas.

Gambar disini.

KDB Personal Information

Tarikh

: 16hb December 2022

Masa

: 2.00 – 3.00 petang

Lokasi

: Pusat Komuniti Digital (PEDi) Kg Murni

Peserta

: 7 peserta

Tujuan

Program ini dilaksanakan untuk melahirkan komuniti yang bijak melindungi maklumat peribadi mereka

Aktiviti

Petugas menerangkan kepada peserta jenis-jenis maklumat peribadi yang perlu dilindungi dan tidak boleh dikongsi sesuka hati. Petugas juga menyediakan bahan dalam bentuk video untuk ditonton oleh kanak-kanak yang menerangkan akibat sekiranya maklumat peribadi mereka tersebar dan apakah tindakan yang perlu dilakukan untuk melindungi maklumat mereka daripada tersebar.

Gambar disini.

Kelas ICT Mencari bahan belajar dalam Youtube

Tarikh

: 01hb November 2022

Masa

: 8.00 – 11.00 pagi

Lokasi

: Pusat Komuniti Digital (PEDi) Kg Murni

Peserta

: 4 peserta

Tujuan

Program ini dilaksanakan dengan Kerjasama dengan petugas sekolah tadika agama al-falah bagi memberi kesempatan kepada pelajar untuk menggunakan perkhidmatan PEDi untuk belajar menggunakan Youtube untuk mencari dan menonton bahan belajar

Aktiviti

Petugas mengajar cara untuk membuka dan mencari bahan berbentuk video animasi yang boleh ditonton oleh kanak-kanak tadika yang mengandungi ilmu-ilmu nilai murni yang berkaitan dengan tajuk pembelajaran mereka sambil diawasi oleh petugas bagi mengelakkan kanak-kanak memasuki laman yang tidak selamat.

Gambar disini

KDB Buli Siber

Tarikh

: 07hb November 2022

Masa

: 2.00 – 3.00 petang

Lokasi

: Pusat Komuniti Digital (PEDi) Kg Murni

Peserta

: 1 peserta

Tujuan

Program ini dilaksanakan untuk memberi kesedaran kepada kanak-kanak pada awal usia mereka untuk mengetahui apakah buli siber dan akibatnya.

Aktiviti

Petugas menyediakan bahan dalam bentuk video untuk ditonton oleh kanak-kanak yang menerangkan erti buli siber, tindakan yang dikategorikan sebagai buli siber dan apakah akibat kepada mereka yang melakukan buli siber.

Gambar disini

KDB Jenayah Siber

Tarikh

: 18hb Oktober 2022

Masa

: 2.00 – 4.00 petang

Lokasi

: Pusat Komuniti Digital (PEDi) Kg Murni

Peserta

: 1 peserta

Tujuan

Program ini dilaksanakan untuk memberi kesedaran kepada generasi baharu akan jenayah siber dan dengan program ia dapat membantu negara dalam melahirkan masyarakat yang sihat.

Aktiviti

Antara aktiviti yang disediakan oleh petugas ialah menyediakan bahan-bahan yang membantu peserta untuk memahami apakah jenayah siber dan akibat setiap jenayah yang dilakukan dalam bentuk video yang dimuat naik dalam youtube. Dalam pada masa yang sama petugas juga menyediakan quiz kecil untuk menguji kefahaman peserta.

Gambar disini.