KDB Semak Sebelum Sebar
Tarikh |
: 14 Mac 2023 |
Masa |
: 3.00 - 4.00 petang |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Komuniti Digital (PEDi) Kg Murni |
Peserta |
: 3 peserta |
Tujuan
Program ini diadakan dengan tujuan untuk mengajar peserta untuk berhati-hati dalam mengajukan maklumat yang mereka peroleh.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan kepada kanak-kanak akan apa yang perlu mereka lakukan sekiranya mereka menerima maklumat dari mana-mana pihak. Petugas turut memberi penerangan apa kewajiban yang perlu dilakukan sebelum ingin menghantar maklumat peribadi atau aktiviti harian dalam sosial media. Setelah itu petugas menerangkan akibat jika memberikan maklumat yang salah dan membawa maksud yang bercanggah.
Speed Drawing
Tarikh |
: 8 Mac 2023 |
Masa |
: 2.30 – 3.00 petang |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Komuniti Digital (PEDi) Kg Murni |
Peserta |
: 3 peserta |
Tujuan
Kelas ini diadakan untuk menarik minat peserta untuk menunjukkan bakat dalam seni lukisan mereka.
Aktiviti
Petugas memberi ruang kepada peserta untuk melukis apa-apa bahan yang peserta inginkan dalam jangka masa yang ditetapkan. Hal ini kerana kelas ini dapat mengasa bakat peserta dalam seni lukisan dan dapat mengalih perhatian mereka untuk melakukan aktiviti yang berfaedah dan memberi perkembangan minda mereka.
KDB Buli Siber
Tarikh |
: 2 Mac 2023 |
Masa |
: 3.00 – 4.30 petang |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Komuniti Digital (PEDi) Kg Murni |
Peserta |
: 3 peserta |
Tujuan
Kelas ini dilakukan untuk memberi kesedaran kepada anak kecil tentang apa buli siber dan untuk mengelak menjadi pembuli dan mangsa buli siber.
Aktiviti
Petugas menerangkan kepada peserta akan maksud buli siber dan contoh-contoh aktiviti yang boleh dikategorikan sebagai buli siber bagi memberi kesedaran kepada peserta agar lebih berhati-hati semasa menggunakan internet dan sosial media. Petugas juga memberi penerangan kepada peserta cara untuk mengelak dari menjadi mangsa buli dalam siber dan cara untuk menanganinya sekiranya berlaku kepada mereka.
E – learning ABCYA.COM
Tarikh |
: 4 Mac 2023 |
Masa |
: 3.00 – 4.00 petang |
Lokasi |
: PEDi Kg Murni |
Peserta |
: 4 peserta |
Tujuan
Aktiviti ini dianjurkan dengan tujuan memberi peserta pendedahan awal tentang huruf dan memberi suasana yang menarik minat peserta.
Aktiviti
Pengurus memberi ruang kepada setiap peserta untuk membuka laman ABCYA.COM sendiri. Dimana dalam laman ini memberi peserta suasana pembelajaran yang menarik minat peserta dan tidak terlalu menekan peserta dalam mempelajari huruf dan ejaan ayat.
Program Keusahawanan Penanaman Sacha Inchi
Tarikh |
: 17 Februari 2023 |
Masa |
: 8.00 – 12.00 tengah hari |
Lokasi |
: PEDi Kg Murni |
Peserta |
: 51 peserta |
Tujuan
Program ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada warga akan kebaikan penanaman sacha inchi dalam menjana ekonomi sosial mereka.
Aktiviti
Program ini dilaksanakan dengan kerjasama antara PEDi Kluster Nabawan dan Persatuan Pengusaha Tanaman Sacha Inchi. Dalam program ini, warga telah diterangkan akan kebaikan dan khasiat yang terdapat dalam tumbuhan ini. Dan akhir sekali itu warga juga diberi pendedahan cara untuk menjana ekonomi melalui pengusahaan tanaman ini.