Kusahawana E-Dagang
Tarikh |
: 09 Februari 2023 |
Masa |
: 8.00 – 12.00 tengah hari |
Lokasi |
: Giatmara Pekan Nabawan |
Peserta |
: 31 peserta |
Tujuan
Program ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada para pelatih mengenai e-dagang dan idea untuk memulakan perniagaan melalui saluran elektronik.
Aktiviti
Program ini dilaksanakan di Giatmara dengan memberi pendedahan kepada pelatih-pelatih dalam Giatmara untuk cara menggunakan talian sebagai saluran untuk tempat berniaga selain berniaga ditempat sendiri. Dengan pendedahan ini akan memudahkan para pelatih untuk memulakan perniagaan secara talian selepas selesai mengikuti kursus pembelajaran yang mereka jalani.
Kelas ICT Asas Menaip
Tarikh |
: 21 Februari 2023 |
Masa |
: 3.00 – 3.30 petang |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Komuniti Digital (PEDi) Kg Murni |
Peserta |
: 2 peserta |
Tujuan
Kelas ini diadakan untuk memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak tenteang cara menggunakan Microsoft word.
Aktiviti
Petugas menerangkan maksud dan fungsi-fungsi yang terdapat dalam Microsoft word yang boleh digunakan kepada kanak-kanak dan pada masa yang sama menerangkan akan aktiviti yang boleh mendatangkan bahaya jika komputer disalah gunakan.
Kelas ICT Asas Komputer
Tarikh |
: 07 Februari 2023 |
Masa |
: 3.00 – 3.30 petang |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Komuniti Digital (PEDi) Kg Murni |
Peserta |
: 8 peserta |
Tujuan
Kelas ini diadakan untuk memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak tentang penggunaan komputer
Aktiviti
Petugas menerangkan maksud dan fungsi-fungsi komputer yang boleh digunakan kepada pelajar taska dan pada masa yang sama menerangkan akan aktiviti yang boleh mendatangkan bahaya jika komputer disalah gunakan.
Kelas ICT Asas Internet
Tarikh |
: 08 Februari 2023 |
Masa |
: 2.30 – 3.00 petang |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Komuniti Digital (PEDi) Kg Murni |
Peserta |
: 3 peserta |
Tujuan
Latihan ini dilaksanakan untuk memberi peserta kanak-kanak pendedahan awal akan internet.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan kepada kanak-kanak akan fungsi dan cara menggunakan ineternet. Petugas juga menunjukkan kelebihan dan keburukkan internet kepada pelajar agar mereka lebih berhati-hati dalam menggunakan internet sebelum petugas membenarkan pelajar untuk menggunakan internet PEDi untuk menonton kartun dalam YouTube.
KDB Sabar Sebelum Sebar
Tarikh |
: 20 Februari 2023 |
Masa |
: 3.00 – 4.00 petang |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Komuniti Digital (PEDi) Kg Murni |
Peserta |
: 1 peserta |
Tujuan
Kelas ini dilakukan untuk memberi kesedaran kepada anak kecil tentang apa yang perlu dilakukan sebelum menyebarkan bahan-bahan tertentu dalam internet.
Aktiviti
Petugas menerangkan kepada peserta akan bahan-bahan yang boleh disalah gunakan oleh pihak luar jika dikongsi tanpa berfikir Panjang. Akhir sekali petugas menerangkan akibatnya jika peserta menyebarkan bahan-bahan yang tidak betul.