KDB Buli Siber

Tarikh

: 06 Januari 2023

Masa

: 8.00 – 12.00 tengah hari

Lokasi

: Giatmara Pekan Nabawan

Peserta

: 31 peserta

 

Tujuan

Program ini diadakan dengan kerjasama antara PEDi Kluster Nabawan, Rakan Digital dan Giatmara bagi memberi ilmu kepada para pelatih giatmara untuk membuka perniagaan dalam talian.

Aktiviti

Program ini dilaksanakan dengan memberi penerangan akan apakah buli siber dan jenis-jenis aktiviti yang boleh dikategorikan sebagai buli siber. Petugas juga menerangkan cara-cara yang perlu diambil tahu oleh peserta untuk mengelak dari menjadi buli siber. Seterusnya petugas-petugas menyediakan bahan soalan untuk dijawab oleh peserta untuk mendapatkan hadiah.

Gambar disini.

KDB Semak Fakta

Tarikh

: 20hb Januari 2023

Masa

: 9.00 – 10.30 pagi

Lokasi

: Pusat Ekonomi Komuniti Digital (PEDi) Kg Murni

Peserta

 

: 10 peserta


Tujuan

Program ini dilaksanakan untuk melahirkan komuniti yang bijak dalam menggunakan internet

Aktiviti

Petugas menerangkan kepada pelajar taska al-falah akan maksud dan fungsi-fungsi internet. Petugas juga memberikan contoh-contoh kebaikan yang boleh didapati apabila menggunakan internet dan juga keburukannya. Seterusnya petugas memainkan video Klik Dengan Bijak mengenai Semak Fakta dalam YouTube kepada pelajar.

Gambar disini.

Kelas ICT Pengenalan kepada Internet

Tarikh

: 09hb Januari 2023

Masa

: 9.00 – 10.30 pagi

Lokasi

: Pusat Ekonomi Komuniti Digital (PEDi) Kg Murni

Peserta

 

: 10 peserta

Tujuan

Latihan ini dilaksanakan untuk memberi pelajar taska al-falah pendedahan awal akan internet

Aktiviti

Petugas menerangkan maksud dan fungsi-fungsi internet. Petugas juga menunjukkan kelebihan dan keburukan internet kepada pelajar agar mereka lebih berhati-hati dalam menggunakan internet sebelum petugas membenarkan pelajar untuk menggunakan internet PEDi untuk menonton kartun dalam YouTube.

Gambar disini.

Latihan ICT Latihan menaip

Tarikh

: 14hb Januari 2023

Masa

: 3.00 – 4.00 petang

Lokasi

: Pusat Ekonomi Komuniti Digital (PEDi) Kg Murni

Peserta

 

: 1 peserta

Tujuan

Latihan ini dilaksanakan untuk memberi peserta latihan cara penggunaan Microsoft Word

Aktiviti

Kelas ini adalah kesinambungan kepada kelas-kelas sebelumnya yang disertai oleh peserta. Peserta telah mempelajari fungsi-fungsi yang terdapat dalam Microsoft Word pada kelas sebelumnya. Oleh itu untuk kelas pada kali ini petugas memberi latihan kepada peserta untuk membuat karangan berbentuk cerita aktiviti harian peserta.

Gambar disini.

Kelas ICT Pengenalan kepada Komputer

Tarikh

: 06hb Januari 2023

Masa

: 9.00 – 10.30 pagi

Lokasi

: Pusat Ekonomi Komuniti Digital (PEDi) Kg Murni

Peserta

 

: 10 peserta

Tujuan

Kelas ini diadakan untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar taska al-falah tentang komputer

Aktiviti

Petugas menerangkan maksud dan fungsi-fungsi komputer yang boleh digunakan kepada pelajar taska dan pada masa yang sama menerangkan akan aktiviti yang boleh mendatangkan bahaya jika komputer disalah gunakan. Seterusnya petugas memberi peluang kepada pelajar taska untuk menggunakan Microsoft Word untuk belajar asas menaip.

Gambar disini.